Thursday 7 April 2016

TARIAN TRADISIONAL SUKU KAUM IBAN DI SARAWAK



Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. 

Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. [Sarawak mempunyai 112 jenis suku Dayak 

Tarian ngajat adalah tarian tradisi suku kaum iban di sarawak.tarian ini setiasa ditarikan semasa menyambut perayaan hari gawai iaitu pesta menuai pada 31 mei.tarian ini adalah satu simbolik untuk kaum iban pada zaman dulu kerana ia adalah salah satu tarian untuk menyambut kemenangan bila sudah mengalahkan musuh selepas berperang.pada zaman moden sekarang tarian ini ditarikan tak kira waktu perayaan gawai sahaja ia ditarikan dimajlis-majlis seprti kenduri khawin ,majlis rasmi dan sebagainya.

Travel to Beijing



Tips penting melancong di Beijing Rasanya kalau bercerita mengenai pelancongan ke mana-mana, tidak sah sekiranya tidak berkongsi tips agar percutian berjalan dengan jayanya.

Kali ini saya akan berkongsi tentang tips untuk bercuti di Beijing:

1) Pertama sekali yang saya paling concern kat Beijing ni ialah tandasnya TIADA AIR.

Kebanyakan toilet yang saya singgah di Beijing ni, hanya ada air di sinki sahaja. Oleh kerana itu, ada beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian berkenaan tandas: a.Bawa botol kosong di sepanjang perjalanan bagi memudahkan isi air di dalam botol di sinki dahulu dan di bawa masuk ke dalam toilet tempat membuang tu. Nak lagi rasa bersih, bawa tisu basah lap punggung baby tu. Dan nak lagi confident, bawa sekali sabun dalam botol, mana tahu tiba-tiba sakit perut, macam tak logik nak suruh tahan kan? Sabun bawa dari Malaysia kerana sabun disini mengandungi alkaline yang boleh mengeringkan kulit.

Cuaca di Beijing ni dah lah sejuk dan kering..nanti kulit akan menjadi bertambah-tambah kering lagi. 

b. Disebabkan tandas diorang ni tak ada air, jadi ada sesetengah tempat yang tandasnya berbau (tapi tidak di kebanyakan tempat pelancongan disini.) kerana tandasnya sentiasa di cuci.  c. Air paip kat masjid panas. Jadi, sila berjaga-jaga semasa nak ambil wuduk. Especially masa sapu air ke muka. 

2) TIPS MEMBELI-BELAH

(Ambek..siap tulisan huruf besar lagi). Memang tak sah kalau tak membeli belah di Beijing kerana harganya sangat murah. Ia adalah syurga shopping bagi mereka yang kaki shopping. Even kalau yang bukan kaki shopping pun akan berasa seronok shopping disini. Jadi sila ambil perhatian akan tips ini!  a.Tukar duit siap-siap di Malaysia kerana tukar duit di Malaysia akan lebih untung dibandingkan tukar duit di luar Malaysia, harganya lebih mahal.

b.Kalau boleh tukar lebih dari RM 1,000 kerana apabila tiba di sana kita akan rasa “arghh kenapa aku tak tukar duit banyak sikit”. Believe me. Dah jumpa ramai orang yang macam tu. 

c. But still kalau rasa teragak-agak nak tukar banyak duit ke Yuan, boleh juga bawa duit Malaysia, stand by mana tahu tak cukup duit nak shopping apabila tiba di China. Ada juga kedai yang menerima duit Malaysia (tak banyak) tetap harganya kan menjadi susut sedikit. Namun, boleh juga tukar duit di Money Changer. 

d. Rata-rata mereka tidak pandai berbahasa Inggeris. Jadi, bawa kalkulator sendiri bagi memudahkan urusan bertanya harga dan tawar menawar. Masa ini peranan kalkulator dan jari amat berkesan sekali. 

e. Peniaga di sini suka letak harga tinggi-tinggi yang tersangat tinggi daripada harga asal. Jadi tips yang sangat berkesan yang telah saya, ibu, makcik dan ahli rombongan saya lakukan ini sangat-sangat berkesan untuk mendapatkan harga terbaik:  -Pastikan anda betul-betul mahu beli barang tersebut, sebab sekiranya anda dah tawar tapi tak jadi beli, pastinya akan kena maki hamun dengan teruk. Peniaga di Beijing, mereka tidak peramah, dan agak kasar. Kalau tak rasa nak beli, jangan cuba-cuba tanya atau menyinggah. Kalau kena maki jugak, anggap itu perkara biasa, memang favorite diorang. Kita kena lebih tegar dari mereka.  -Bila dah pasti nak beli, baru tawar sehabis baik, tinggal 25% daripada harga asal pun tak apa. Kalau dia tak mahu bagi, kita buat-buat nak pergi, tak nak beli dan beredar dari situ perlahan-lahan. Nanti dia akan panggil balik dan tanya nak beli dengan harga berapa. Stick dengan harga yang anda mahu, kiranya bila anda nak pergi semula dia dah tak panggil, maksudnya harga tu memang tak rasional. Tapi kalau dia panggil balik, maksudnya harga yang anda tawar tu memang ok. 

f.Kebanyakan barang di sini Made in China, jadi ianya bukan original kecuali macam silk, cadar, dan ada sesetengah barang yang memang cantik dan berkualiti. Berhati-hati dan jangan terpedaya dengan kualiti. 

g. Kalau boleh masa kat Malaysia tukar duit yuan nilai kecil supaya senang nak membeli. Sebab besar kemungkinan kalau kita bayar guna duit besar, mereka akan bagi baki duit palsu bagi yang perniaga jalanan. Berhati-hati dengan penaga jalanan ini. 

h. Ada peniaga yang suka rampas duit semasa sedang tawar menawar, jadi kalau nak beli barang baru keluarkan duit. 

3) TIPS kebersihan.

Di perhatikan secara keseluruhan, persekitaran Beijing ni kira bersih jika nak di bandingkan dengan KL. Namun, masih kena berhati-hati dengan sesetengah kebersihan terutamanya toilet yang bukan di kawasan pelancongan. Dan lagi, ada certain-certain waktu, udara disini akan jadi sangat berdebu. Kalau rasa macam tak tahan, boleh juga bawa mask untuk cover hidung dan mulut. 

4) TIPS makanan-pilih pakej pelancongan muslim kerana ejen boleh bawa ke restoran makanan halal.

a. Makanan di sini nampak macam ada pelbagai variety, tapi agak tidak sesuai dengan selera melayuku kerana makanan mereka kurang pedas dan kurang masin. Hidangannya banyak berasaskan sayur. 

b. Kalau rasa tak tahan takut rindu bangat dengan masakan pedas melayu tercinta, dicadangkan bawa sambal goreng, sos cili, garam dan gula untuk bagi makanan rasa lebih sedap. 

c. Sila bawak bekal makanan segera dari Malaysia supaya tidak kelaparan sekiranya tak jumpa kedai halal, sebab itu sekiranya ingin berkunjung ke China, amat di galakkan guna ejen. 

5) TIPS kelengkapan untuk ke Beijing. 

a. Kalau memilih pergi semasa autumn or winter: Sila bawak baju tebal-tebal termasuk longjohn, jacket/wingbreaker/sweater dan stokin. Kalau rasa berat nak bawak, boleh beli kat sana. Harganya murah sahaja. Dan banyak pilihan berbanding di Malaysia. Bawa glove juga. 

b. Tak perlu bawak banyak baju sebab badan tak berpeluh sangat. Cuaca pula kering, maka tiada bau badan yang busuk.

c.Kalau memilih memanjat tembok cina berkilometer, bawa kasut sukan, lebih mudah. 

d.Stand by dengan ubat. Kalau takde ubat terkial-kial nanti nak menerangkan kepada pekedai yang tidak tahu berbahasa Inggeris, silap gaya lain ubat yang di berinya. 

e. Jangan sesekali lupa untuk bawa losyen dan pelembab bibir spt vaseline. 

f. Jangan lupa bawa Universal Plug untuk memudahkan charge phone, camera dan sebagainya.  Harapannya tips-tips yang di kongsi ini dapat membantu anda semasa bercuti di Beijing. 

BOWLING

Aktiviti riadah di masa lapang...bersama kawan-kawan untuk eratkan tali persahabatan dan lapangkan minda.setiap minggu sentiasa ada pertandingan bowling antara kawan-kawan.selain itu dapat juga menjaga kesihatan.




Matlamat permainan bowling adalah untuk mendapatkan markah maksimum dengan menjatuhkan 10 pin dalam 1 atau 2 balingan bagi setiap “frame”.

Markah maksimum bagi 1 perlawanan adalah 300.
Satu permainan bowling dibahagikan kepada 10 frame. Bagi setiap frame, pemain dibenarkan melakukan 2 balingan sekiranya balingan pertama tidak berjaya menjatuhkan 10 pin.
Balingan pertama sekiranya berjaya menjatuhkan kesemua 10 pin adalah dipanggil “Strike”. markah 300 boleh diperolehi dengan mendapatkan 12 strike – 9 strike pada 9 frame awal dan 3 strike pada frame ke 10.
Balingan kedua sekiranya berjaya menjatuhkan semua baki dari balingan pertama adalah dipanggil “Spare”.
Sekiranya selepas balingan kedua, pemain masih gagal menjatuhkan semua pin, frame itu dikira “Open”
Bagi frame ke 10, pemain dibenarkan melakukan balingan ketiga sekiranya berjaya melakukan strike atau spare pada 2 balingan pertama.

JENAMA IPHONE ADALAH GAJET JENAMA DIMINATI



Di sini saya nak berkongsi informasi mengenai iPhone 6S dan 6S Plus. Fakta dari  1. Kos untuk sebuah model iPhone 6s 16gb dibuat ialah $234 (RM1k ke atas waktu sekarang) dan penambahan $12-$20 untuk kapasiti 64gb & 128gb serta model iPhone 6s Plus.
2. Mempunyai warna baru iaitu warna Rose Gold dan model ‘iPhone 6s 64gb Rose Gold’ merupakan model yang popular dan mempunyai permintaan yang ramai. Stok masa pelancaran di Malaysia mungkin tak banyak dan perlu tempah dengan cepat.
3. Label FCC tak ada pada belakang iPhone dan telah dimasukkan ke dalam senarai pada Setting > General > Regulatory untuk negara seperti US, Canada, Europe, Australia, New Zealand, Singapore, South Korea, South Afica, taiwan, Philipines dan Malaysia. Negara yang lain yang tak ada pasa senarai akan mempunyai label FCC pada belakang iPhone.
4. Nombor IMEI pun tak ada pada belakang iPhone dan dicetak/dipindah pada sim tray.
5. Ada logo S berkotak dicetak pada belakang iPhone dan berada di bawah tulisan ‘iPhone’.
6. iPhone 6s & 6s Plus tidak ada motor gegaran dan diganti dengan ‘Taptic Engine’ yang turut berfungsi dengan skrin 3d Touch.
7. Saiz bateri iPhone 6s lebih kecil iaitu 1715mAh berbanding 1810mAh pada iPhone 6 tapi jangka hayat dan penggunaan adalah sama.
8. Saiz bateri iPhone 6s Plus pun sama lebih kecil iaitu 2750mAh berbanding 2915mAh pada iPhone 6 Plus tapi jangka hayat dan penggunaan adalah sama.
9. Saiz iPhone 6s akan lebih tebal dan berat sedikit atas faktor bahan 7000 series alloy untuk elak bendgate (bengkok) dan skrin 3d Touch yang lebih tebal.
10. Panel kaca hadapan menggunakan Dual Ion-Exchange Glass yang kalis calar lebih dari model iPhone 6 & 6s Plus dan lebih kuat serta tak mudah retak dari jatuh.
11. Resolusi skrin adalah masih sama dengan model iPhone 6 & 6 Plus sebelum ini, tak ada perubahan.
12. Model berkapasiti 16gb masih dikekalkan sebagai model asas dan iPhone 6s & 6s Plus merupakan iPhone yang terakhir menggunakan kapasiti 16gb manakala kapasiti 64gb & 128gb masih kekal seperti biasa.
13. iPhone 6s Plus mempunyai OIS (Optical Image Stabilization) untuk rakaman video yang mengurangkan kesan gegaran ketika rakaman.
14. Piksel fokus kamera adalah 2 kali lebih bagus dari model iPhone 6 & 6 Plus yang lebih jelas dan pantas bila tangkap gambar.
15. Slo-mo telah dinaik tarak kepada 1080p pada 240fps (frame per second)
16. iPhone 6s boleh rakam video 4k dan saiz 1 minit video 4k ialah 375mb. Tak sesuai untuk yang nak rakam video 4k pada model kapasiti 16gb.
17. Saiz gambar menggunakan Live Photos (lebih kurang macam GIF. ‘Graphics Interchange Format’ cuma diaktif menggunakan 3d Touch pada skrin) adalah 2 kali lebih besar dari saiz gambar biasa.
18. Kotak mempunyai ilustrasi warna iPhone dan tulisan ikut warna iPhone. Tak lagi warna putih macam model iPhone 6/6 Plus sebelum ini.
19. Dengan ada fungsi 3d Touch, boleh masuk app switcher/multitasking dengan hanya ‘swipe’ dari alur petak skrin (screen bezel) tanpa perlu klik Home Button 2 kali atau guna Assistive Touch.
20. Model iPhone 6s/6s Plus akan menyokong iOS yang akan datang lebih lama berbanding iPhone 6/6 Plus. Contoh seperti iPhone 4s yang boleh menyokong dari iOS 5 sehingga iOS 9 selama 4 tahun.
Glosari kata:- 3d Touch: sentuhan pada skrin yang berdasarkan daya kuat sentuhan. Contoh, daya separa kuat pada mesej yang belum dibaca membolehkan tengok pratonton (preview) kandungan mesej dan daya yang lebih kuat akan terus masuk ke dalam mesej.
No comments:

MAKANAN SARAWAK

 

Sarawak yang dikenali sebagai negeri Bumi Kenyalang mempunyai pelbagai makanan tradisional. Sarawak terkenal dengan makanan yang bermacam-macam jenis dengan pelbagai rasa. Makanan terkenal yang terdapat di Sarawak adalah seperti kek lapis Sarawak, mee kolok, laksa Sarawak, manok pansoh, mee dawai, umai dan lain-lain lagi. Kek lapis Sarawak merupakan kek atau kuih yang paling popular di Sarawak. Kek lapis sarawak sangat popular terutamanya ketika perayaan seperti sambutan hari raya, hari gawai, tahun baru cina, krismas dan juga hari-hari biasa. Kek lapis sarawak ini mempunyai pelbagai jenis corak. Setiap kek mempunyai nama yang berbeza-beza. Perniagaan kek lapis di Sarawak sangat popular dan mendapat sambutan dari orang Sarawak sendiri dan juga orang luar. Harga kek juga bergantung dengan saiz kek, perisa dan corak kek. 




Newer Posts Home