Thursday 7 April 2016

JENAMA IPHONE ADALAH GAJET JENAMA DIMINATI



Di sini saya nak berkongsi informasi mengenai iPhone 6S dan 6S Plus. Fakta dari  1. Kos untuk sebuah model iPhone 6s 16gb dibuat ialah $234 (RM1k ke atas waktu sekarang) dan penambahan $12-$20 untuk kapasiti 64gb & 128gb serta model iPhone 6s Plus.
2. Mempunyai warna baru iaitu warna Rose Gold dan model ‘iPhone 6s 64gb Rose Gold’ merupakan model yang popular dan mempunyai permintaan yang ramai. Stok masa pelancaran di Malaysia mungkin tak banyak dan perlu tempah dengan cepat.
3. Label FCC tak ada pada belakang iPhone dan telah dimasukkan ke dalam senarai pada Setting > General > Regulatory untuk negara seperti US, Canada, Europe, Australia, New Zealand, Singapore, South Korea, South Afica, taiwan, Philipines dan Malaysia. Negara yang lain yang tak ada pasa senarai akan mempunyai label FCC pada belakang iPhone.
4. Nombor IMEI pun tak ada pada belakang iPhone dan dicetak/dipindah pada sim tray.
5. Ada logo S berkotak dicetak pada belakang iPhone dan berada di bawah tulisan ‘iPhone’.
6. iPhone 6s & 6s Plus tidak ada motor gegaran dan diganti dengan ‘Taptic Engine’ yang turut berfungsi dengan skrin 3d Touch.
7. Saiz bateri iPhone 6s lebih kecil iaitu 1715mAh berbanding 1810mAh pada iPhone 6 tapi jangka hayat dan penggunaan adalah sama.
8. Saiz bateri iPhone 6s Plus pun sama lebih kecil iaitu 2750mAh berbanding 2915mAh pada iPhone 6 Plus tapi jangka hayat dan penggunaan adalah sama.
9. Saiz iPhone 6s akan lebih tebal dan berat sedikit atas faktor bahan 7000 series alloy untuk elak bendgate (bengkok) dan skrin 3d Touch yang lebih tebal.
10. Panel kaca hadapan menggunakan Dual Ion-Exchange Glass yang kalis calar lebih dari model iPhone 6 & 6s Plus dan lebih kuat serta tak mudah retak dari jatuh.
11. Resolusi skrin adalah masih sama dengan model iPhone 6 & 6 Plus sebelum ini, tak ada perubahan.
12. Model berkapasiti 16gb masih dikekalkan sebagai model asas dan iPhone 6s & 6s Plus merupakan iPhone yang terakhir menggunakan kapasiti 16gb manakala kapasiti 64gb & 128gb masih kekal seperti biasa.
13. iPhone 6s Plus mempunyai OIS (Optical Image Stabilization) untuk rakaman video yang mengurangkan kesan gegaran ketika rakaman.
14. Piksel fokus kamera adalah 2 kali lebih bagus dari model iPhone 6 & 6 Plus yang lebih jelas dan pantas bila tangkap gambar.
15. Slo-mo telah dinaik tarak kepada 1080p pada 240fps (frame per second)
16. iPhone 6s boleh rakam video 4k dan saiz 1 minit video 4k ialah 375mb. Tak sesuai untuk yang nak rakam video 4k pada model kapasiti 16gb.
17. Saiz gambar menggunakan Live Photos (lebih kurang macam GIF. ‘Graphics Interchange Format’ cuma diaktif menggunakan 3d Touch pada skrin) adalah 2 kali lebih besar dari saiz gambar biasa.
18. Kotak mempunyai ilustrasi warna iPhone dan tulisan ikut warna iPhone. Tak lagi warna putih macam model iPhone 6/6 Plus sebelum ini.
19. Dengan ada fungsi 3d Touch, boleh masuk app switcher/multitasking dengan hanya ‘swipe’ dari alur petak skrin (screen bezel) tanpa perlu klik Home Button 2 kali atau guna Assistive Touch.
20. Model iPhone 6s/6s Plus akan menyokong iOS yang akan datang lebih lama berbanding iPhone 6/6 Plus. Contoh seperti iPhone 4s yang boleh menyokong dari iOS 5 sehingga iOS 9 selama 4 tahun.
Glosari kata:- 3d Touch: sentuhan pada skrin yang berdasarkan daya kuat sentuhan. Contoh, daya separa kuat pada mesej yang belum dibaca membolehkan tengok pratonton (preview) kandungan mesej dan daya yang lebih kuat akan terus masuk ke dalam mesej.

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home