Thursday 7 April 2016

BOWLING

Aktiviti riadah di masa lapang...bersama kawan-kawan untuk eratkan tali persahabatan dan lapangkan minda.setiap minggu sentiasa ada pertandingan bowling antara kawan-kawan.selain itu dapat juga menjaga kesihatan.




Matlamat permainan bowling adalah untuk mendapatkan markah maksimum dengan menjatuhkan 10 pin dalam 1 atau 2 balingan bagi setiap “frame”.

Markah maksimum bagi 1 perlawanan adalah 300.
Satu permainan bowling dibahagikan kepada 10 frame. Bagi setiap frame, pemain dibenarkan melakukan 2 balingan sekiranya balingan pertama tidak berjaya menjatuhkan 10 pin.
Balingan pertama sekiranya berjaya menjatuhkan kesemua 10 pin adalah dipanggil “Strike”. markah 300 boleh diperolehi dengan mendapatkan 12 strike – 9 strike pada 9 frame awal dan 3 strike pada frame ke 10.
Balingan kedua sekiranya berjaya menjatuhkan semua baki dari balingan pertama adalah dipanggil “Spare”.
Sekiranya selepas balingan kedua, pemain masih gagal menjatuhkan semua pin, frame itu dikira “Open”
Bagi frame ke 10, pemain dibenarkan melakukan balingan ketiga sekiranya berjaya melakukan strike atau spare pada 2 balingan pertama.

No comments:

Post a Comment